KOS HIDUP TINGGI DAN NILAI MATAWANG RENDAH
Baru baru ini semasa lawatan saya ke Johor, berhampiran Pasir Gudang, tempat lama saya bekerja, terdapat seorang pekerja perempuan di warong pangkat mak cik di situ dalam umur 50 an. Beliau dari dulu berhajat nak offer anak perempuan dia kat saya, katanya anaknya hitam manis, tinggi lampai, dalam hati saya mungkin iras2 Luna maya tapi gelap sikit kot.
Saya sempat berbual dengan beliau mengenai kehidupannya dan beliau sedikit sebanyak menceritakan bagaimana persepsi rakyat indonesia terhadap ekonomi Malaysia sekarang.
Beliau menceritakan orang indonesia dah x nak datang kerja di Malaysia,nilai mata wang rendah, lebih kurang je nilai duit yang mereka dapat jikalau bekerja di Malaysia dan Indonesia.
So siapa di sini yang ada bibik atau mempunyai pekerja Indonesia, x lama lagi kalau inflasi berterusan boleh la cakap bye bye kat mereka dan bersedialah anda untuk buat kerja rumah yang selama ini bibik anda yang buat.
Ada satu menteri cakap kejatuhan matawang bagus untuk rakyat Malaysia, lepas ni boleh la panggil dia jaga anak2 anda kat rumah.
Kalau nilai matawang Malaysia terus turun macam ni pun lama2 mungkin makcik kat warong Pasir Gudang tu pun dah x nak dah offer anak perempuan dia kat saya.
Mungkin dah x pandang dah orang Malaysia.
Sekarang saya kerja gandakan EPF akaun 1 orang di dalam unit amanah Public Mutual, insyaallah dapat lawan inflasi yang meningkat setiap tahun
Mungkin dah x pandang dah orang Malaysia.
Sekarang saya kerja gandakan EPF akaun 1 orang di dalam unit amanah Public Mutual, insyaallah dapat lawan inflasi yang meningkat setiap tahun

No comments:
Post a Comment