TOL
Harga atau kadar bayaran tol di lebuhraya di sekitar Kuala Lumpur rata ratanya naik sehingga 100%. Boleh dikatakan setiap daripada kita di sini menggunakan lebuhraya bertol.
Dengan kos hidup yang semakin meningkat di Malaysia, kita dibebankan lagi dengan kenaikan ini.
Pernahkah kita bertanya apakah asasnya kenaikan tol ini? Apakah sebab harga tol ini boleh dinaikkan, adakah ia arahan daripada kerajaan, ataupun perjanjian konsesi tol antara kerajaan dan syarikat tol?
Bagaimanakah perjanjian konsesi tol ini dipersetujui, faktor apa yang diambil kira? Saban hari makin banyak kenderaan di atas jalan raya, tipulah kalau syarikat tol ni x dapat cover kos buat highway sampai sekarang, orang bayar mahal tu tol.
Sebenarnya mungkin pada hari perjanjian konsesi tol antara kerajaan BN dan syarikat tol, 
(mungkin juga kroni), mereka terlalu mementingkan poket mereka tanpa mengambil kira beban rakyat. 
Sudah cukup2 lah, kering poket kami rakyat marhaen kerajaan korek.

No comments:
Post a Comment